AnwarIbrahimClub.com » kenyataan media

Kenyataan Media: Jangan membudayakan penipuan fakta demi fitnah.
AIC ingin memberi respon ke atas tindakan Editorial Laman Web AIDC yang menyiarkan artikel ‘Anwar semakin gelisah,atur strategi baru dengan blogger’ bertarikh 23 Februari 2010. Artikel tersebut jelas terbukti sebuah artikel yang berunsur fitnah dan mempunyai penyelewengan fakta.

AIC tidak pernah menganjurkan sebarang pertemuan samada berbentuk rasmi ataupun tidak rasmi pada 20 Februari 2010 dengan mana-mana kelompok blogger. Malahan pada waktu tersebut, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mempunyai jadual yang sangat padat di mana beliau terlibat dalam program Pelancaran Projek Perumahan Terbengkalai Selangor di Hulu Klang, Selangor dan juga Konvensyen Peneroka & Generasi Kedua FELDA di Jerantut, Pahang.

AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya gerakan blogger anti-Anwar untuk mencari ‘bahan’ baru dalam melengkapkan gerak kerja jahat mereka. Ini pastinya rentetan daripada terdedahnya transaksi mesej di jaringan sosial Facebook di antara Saiful Bukhari dan blogger pro-Umno, Papagomo yang jelas membuktikan wujud perancangan tersusun untuk membunuh karakter Dato’ Seri Anwar melalui siri-siri fitnah yang direncana oleh Saiful dan blogger-blogger tertentu.

AIC tidak menolak kemungkinan wujud usaha-usaha picisan yang mahu mengheret AIC ke kancah permainan sempit aturan blogger pro-saiful yang kelihatan semakin terdesak berikutan pendedahan menggemparkan di ruang maya beberapa hari lepas.

Kesimpulan yang boleh diperoleh daripada berita ini, AIDC jelas sedang membudayakan penipuan fakta, malah sanggup mereka-reka fakta demi memastikan strategi fitnah mereka tersusun

Saifuddin Shafi Muhammad

Setiusaha Agung AIC

Nama “Allah” Bukan Isu Perkauman
Kenyataan Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

12 Januari 2010

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius akan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagaimana yang disiarkan di bawah tajuk Hishamuddin: Police Probing Further Into Church Attacks dalam akhbar The Sun edisi atas talian bertarikh 12 Januari 2010.

Ia berikutan beliau merujuk satu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara lain menyebut:

“much of the blame for the attacks can be placed at the doorstep of the Umno-led Barisan Nasional government..”

Respon Hishamuddin bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak, termasuk Anwar atau dirinya sendiri, sekiranya terbukti wujud usaha untuk mengancam keselamatan negara dengan isu-isu perkauman, dilihat sebagai satu respon yang sangat mengelirukan.

AIC melihat isunya ialah kelesuan instrumen kerajaan bertindak mengekang siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat yang kelihatan semakin menggusarkan dari hari ke hari. Ini disokong dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihak polis kekurangan anggota untuk mengawal kawasan gereja daripada sebarang ancaman.

Jika dibandingkan dengan demonstrasi BERSIH dan Anti-ISA yang pernah dianjurkan dahulu, pihak berkuasa begitu proaktif di dalam menjalankan usaha-usaha pencegahan termasuklah mengerah ribuan polis untuk melakukan tangkapan rawak,sekatan jalanraya dan juga mengekang para demonstran di ibu kota dengan menggunakan gas pemedih mata. Tetapi kenapa tindakan sebegini proaktif gagal diambil dalam mengekang ancaman ke atas rumah-rumah ibadat yang jelas beroperasi dengan hak Perlembagaan sebagaimana yang dijamin melalui Artikel 11? Inilah yang patut dipersoalkan ke atas instrumen kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri bawah seliaan Hishamuddin.

Apakah Hishamuddin secara terbuka mengakui bahawa Umno berdiri sebagai sebuah parti perkauman di sebalik kenyataan Anwar tersebut? Sekiranya benar, maka jelaslah ia bercanggah sama sekali dengan semangat “Umno Juara Rakyat” yang sedang dicanang di seluruh negara mutakhir ini di mana Umno ditonjolkan sebagai parti untuk rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Isunya sama sekali bukan persoalan perkauman.Ia melangkaui sempadan perkauman di mana rakyat tercari-cari apakah inisiatif kerajaan untuk mengawal keadaan seumpama ini?

AIC juga mempersoalkan apakah kenyataan Hishamuddin itu boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menahan Anwar sekali lagi dengan menggunakan apa cara sekalipun?

AIC yakin dan percaya bahawa Hishamuddin harus memfokuskan kepada usaha untuk menghentikan segala bentuk ancaman ke atas gereja-gereja dan dalam masa yang sama menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah yang telahpun menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas sehingga ia disemak semula di peringkat Mahkamah Rayuan kelak.

Rakyat tidak mahu melihat isu ini berpanjangan lagi tanpa penyelesaian pintar.Rakyat menantikan penyelesaian, bukannya mengancam mana-mana pihak yang memberikan pandangan, yang akhirnya akan dijadikan satu ’saham’ untuk menghalalkan mereka bertindak secara salah. Usah hilangkan keyakinan rakyat kepada kredibiliti instrumen kerajaan.

Muhammad Shukri Md Saad

Presiden

Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

ISNA’s Statement On The Use of The Word Allah
(Plainfield, IN – January 4, 2010) The Islamic Society of North America (ISNA) commends the landmark ruling by a Malaysian Court on December 31, 2009, that affirms the religious freedom of Malaysian Christians. The ruling asserts that Christians have the right to use the word “Allah” to translate “God” into Bahasa Melayu, the Malaysian language.

It strikes down a government ban that was placed in 2007 on the use of the term in Christian literature.The opponents of the use of the word Allah in reference to God have argued that the term “God” is usually translated by Malaysians who follow faiths other than Islam as “Tuhan” in Bahasa Melayu, not “Allah.” They insist that “Allah” should only be used to refer to God in Islam.

This argument is contrary to both Islamic understanding and practice.The Qur’an is quite explicit that Muslims worship the same God recognized by Christians. The Qur’an commands Muslims to declare that the God they worship and the one worshiped by the followers of revealed books, including Christians, is one:  “… and say: We believe in that which has been revealed to us and revealed to you, and our God and your God is One, and to Him do we submit.” (Qur’an 29:46)

With regards to actual and historical practices, Christian Arabs have been using the word “Allah” to refer to God in their religious sources since the inception of Islam, and have never been challenged by private Muslims or Muslim governments on this ground. Islamic law is clear that followers of the Christian faith have the right to practice their religion according to their own religious teachings.

We call on the Malaysian government to uphold the religious freedom of Christians and to let the court ruling stand. We also urge Muslim NGOs to respect Islamic teachings and long-held Islamic traditions, and to withdraw their opposition to the use of the word “Allah” by their Christian compatriots

Islamic Society of North America

(ISNA)

Sent via BlackBerry from Maxis

AMK Selangor Gesa Rakyat Tolak UMNO/BN Dalam PRU-13
Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

30hb Disember 2009

AMK Selangor Gesa Rakyat Tolak UMNO/BN Dalam PRU-13

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat di Selangor untuk terus menerajui dan membawa kesinambungan pembaharuan dan perubahan. Kenyataan terkini beberapa pemimpin UMNO/BN untuk merampas Selangor menggunakan apa cara jua taktik kotor dilihat sebagai usaha terdesak pihak desperado politik.

Kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melaksanakan pembaharuan ekonomi dalam program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat serius dalam memakmurkan ekonomi rakyat. AMK Selangor mencabar pihak pembangkang UMNO/BN Selangor untuk tampil membawa gagasan besar untuk memajukan Selangor dan bukan membawa politik pecah-belah,fitnah dan perkauman sempit.

Semenjak UMNO/BN menjadi pembangkang di Selangor belum pernah rakyat Selangor melihat kemampuan mereka menjadi pembangkang yang bertanggungjawab seperti yang mereka laung-laungkan kepada pihak pembangkang sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN Selangor tidak berkemampuan,lemah dan kaku akibat perpecahan dalaman yang teruk dan terus membusuk.

Realitinya rakyat Selangor kini mengetahui dan bertambah yakin bahawa Pakatan Rakyat sahaja yang berupaya tampil membawa gagasan besar untuk meraih kejayaan impian setiap rakyat Selangor. Semenjak 20 bulan Pakatan Rakyat mengambil alih,  gelombang pembaharuan dalam pelbagai aspek yang dilaksanakan semakin mendapat sokongan rakyat. Malahan generasi muda masa kini terus meletakkan keyakinan yang tinggi kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk terus tampil dengan gagasan dan pembaharuan khususnya dalam pembangunan insan, kemakmuran ekonomi dan tahap kehidupan yang berkualiti.

Mutakhir ini ada segelintir pemimpin UMNO/BN yang takbur dan mendabik dada ingin merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. AMK Selangor ingin mengingatkan bahawa jatuhnya sekali lagi Selangor ke tangan UMNO/BN maka akan kembalinya pelbagai bentuk koropsi,skandal dan penyelewengan wang rakyat yang menjadi budaya UMNO/BN. Apakah UMNO/BN bersedia untuk terus melaksanakan pemberian air percuma 20ml/3 kepada rakyat Selangor di mana sebelum ini pihak UMNO/BN bermati-matian menentang program air percuma ini yang dianggap pembaziran. AMK Selangor ingin mencabar apakah UMNO/BN Selangor bersedia mengatakan skandal PKFZ yang mencapai berbillion Ringgit Malaysia adalah satu pembaziran besar wang rakyat ?.

AMK Selangor juga ingin menjelaskan agar rakyat Selangor berhati-hati dengan propaganda murahan UMNO/BN yang semakin tertekan kini. Mereka akan membuat apa sahaja untuk terus memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai taktik kotor,sabotaj dan politik adu-domba dan perkauman sempit. AMK Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan daya fikir rakyat Selangor yang mendapat pendedahan daripada pelbagai sumber maklumat yang tepat dan sahih.

Akhirnya, AMK Selangor menggesa supaya rakyat terus memberi dokongan dan sokongan yang kuat untuk Pakatan Rakyat Selangor mendepani perubahan dan pembaharuan di negara ini. Kita sudah tiada masa yang panjang untuk terus terjerumus dengan politik murahan UMNO/BN yang semakin hari menghitung saat dan ketikanya untuk padam daripada kamus politik negara ini.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan

Angkatan Muda Keadilan Selangor

PKR Mengutuk tindakan menghina agama Hindu
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya

Ketua Penerangan

Parti Keadilan Rakyat

Kenyataan Media : Magaran Alih Isu Setelah Gagal Bawa ‘Armada’
Kenyataan Media

Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menyifatkan gesaan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) ke atas kerajaan untuk menahan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di bawah akta zalim ISA adalah satu usaha mengalihkan pandangan rakyat ke atas kegagalan mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) dinamakan Magaran sebagai dalang penganjuran perhimpunan aman pada Sabtu lepas. Anggaran rawak seramai 80,000 individu yang hadir di ibu kota menunjukkan betapa kempen mansuhkan ISA mendapat dukungan rakyat meskipun berhadapan dengan provokasi terlampau pihak polis.

Sebaliknya, Magaran yang gagal mengumpulkan hatta seratus penyokong kelihatan cuba berlaku defensif dengan menggesa pimpinan Pakatan Rakyat dan Pengerusi GMI ditahan di bawah ISA. Jika justifikasi Magaran ini relevan, maka Magaran juga seharusnya ditahan di bawah ISA kerana turut sama mengajak penyokong-penyokong mereka untuk berhimpun di Masjid Negara, Padang Merbok, dan Pasar Seni pada hari yang sama sepertimana yang telah dihebahkan sebelum ini.

Alasan bahawa ‘keganasan terancang’ dianjurkan oleh GMI adalah satu tuduhan yang sangat dangkal. Tidak ada seorangpun demonstran yang ditahan dilihat membawa apa-apa senjata yang memungkinkan keganasan tercetus, sebaliknya pihak polislah yang begitu rakus melepaskan gas pemedih mata kepada para demonstran sehingga ada yang tercedera.

Harus juga diingat bahawa tangkapan telah dibuat seawal jam 8 pagi, malah dibuat secara rawak sehingga mengakibatkan ada kalangan remaja dan warga emas yang tertangkap tanpa sebarang asas yang kukuh.  Perhimpunan ini berjalan dengan aman, khususnya di bawah kawalan keselamatan Unit Amal PAS, tetapi provokasi pihak polislah yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas bila mana laluan masuk ke ibu kota dihadang sehingga menyukarkan pergerakan keluar masuk kenderaan.

Magaran jangan sesekali menafikan bahawa impak daripada puluhan ribu yang berkumpul Sabtu lepas adalah satu manifestasi jelas bahawa rakyat menolak ISA tanpa sebarang kompromi. Magaran juga harus sedar dan bersikap matang bahawa ISA telah diselewengpakai sebagai political tool demi melampiaskan percaturan politik pihak tertentu. Ia jelas bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948, malah jelas bertentangan dengan kaedah fiqhiyyahdalam sistem syariat Islam.

AIC berharap agar Magaran tidak berterusan menyeleweng fakta dan mempertahankan ketidakadilan melalui pelaksanaan ISA. Tidak dinafikan keselamatan negara adalah mauduk utama yang dijunjung di setiap bahu rakyat Malaysia, tetapi ia sama sekali tidak boleh dijadikan rasional agar kezaliman berterusan dihalalkan dalam sistem undang-undang negara ini.

Noor Lailatul Marini

Timbalan Presiden

Kelab Anwar Ibrahim

4 Ogos 2009

Kenyataan Media: Penahanan Orang Awam Dibantah Keras, Gesa Pembebasan Segera
Kenyataan Media

Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

MANSUH: Penahanan 438 Orang Awam Dibantah Keras, Gesa Pembebasan Segera

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) kesal dengan tindakan pihak keselamatan yang bertindak menahan seramai 438 orang awam di dalam Perhimpunan Aman anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini. Tindakan ganas oleh pihak keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata di kebanyakan kawasan awam jelas menggambarkan bahawa tidak wujud kebebasan bergerak dan bersuara di kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Apa yang dikesalkan ialah tindakan pihak keselamatan yang membuat penahanan secara rambang tanpa sebarang justifikasi. Ini termasuklah usaha mengasari dan menahan beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa. Aktivis GMI, Norlaila Othman juga dilaporkan dikasari oleh pihak keselamatan.

Lebih mengelirukan apabila tidak ada sebarang tangkapan di buat ke atas para demonstran Pro-ISA daripada Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yang turut berhimpun sekitar 30 orang di kawasan Pasar Seni.

Aspirasi rakyat yang berhimpun pada hari ini adalah jelas dan mudah: menyampaikan mesej kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri bahawa ISA perlu dimansuhkan pada kadar segera.

Meskipun Perdana Menteri menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah tidak bermanfaat kerana kerajaan dalam proses melakukan semakan semula ke atas ISA, namun beliau juga harus akur bahawa slogan tajaan beliau yakni “Rakyat Didahulukan” di bawah konsep 1Malaysia jelas meletakkan suara rakyat – samada majoriti mahupun minoriti – harus didengar dan dihalusi ke akar umbi. Menafikan hak rakyat menyatakan pendirian dan pendapat jelas menggambarkan slogan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ adalah satu retorik politik yang hanya menyedapkan telinga, tetapi tidak menyelesaikan sebarang masalah.

ISA jelas berdiri sebagai satu akta yang tidak relevan yang menghalalkan penahanan tanpa bicara yang jelas bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia dan prinsip keadilan Islam. Malah penahanan yang hanya berasaskan syak wasangka sama sekali membuktikan tahanan telah dihukum sebelum dibuktikan bersalah. Tidak timbul persoalan wujud keperluan untuk satu bentuk ‘preventive law’ wujud di negara ini demi keselamatan negara, kerana banyak mekanisme undang-undang yang wujud dalam sistem perundangan negara mampu bertindak untuk mengekang usaha yang menggugat keselamatan negara. ISA berdiri sebagai satu dasar dan undang-undang, maka ia terbuka untuk disanggah sekiranya terbukti ia gagal berfungsi ataupun diseleweng pakai oleh pemerintah. Menghalang sesuatu dasar atau undang-undang dikritik atau disanggah hanyalah satu amalan opresif yang sekaligus menafikan keutamaan rakyat terbanyak.

Justeru, AIC menggesa agar 438 tahanan ini dibebaskan pada kadar segera tanpa sebarang syarat. AIC juga berharap agar kerajaan dapat menyaksikan iltizam puluhan ribu rakyat yang hadir berhimpun pada 1 Ogos 2009 ini sebagai satu komitmen rakyat untuk membebaskan Malaysia daripada sebarang bentuk kezaliman dan penyelewengan kuasa melalui satu akta yang bersifat opresif.

“Pemangkin Agenda Perubahan”

Exco Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

(media@anwaribrahimclub.com)