AnwarIbrahimClub.com

Anwar Ibrahim di sambut oleh ribuaan rakyat di Limbang
Hari ini saya, Datuk Dr. Chua Jui Meng, dan sdr Baru Bian tiba di   Limbang,Sarawak. Sangat mengujakan apabila ketibaan kami disambut ribuan   rakyat di kota Limbang.

Program ceramah diadakan di  restoran  tempatan.Meskipun sambutan hangat,permit sebagaimana biasa  dinafikan  oleh polis setempat.pun begitu ia tidak menjadi halangan bagi  rakyat  untuk mendengar dengan lebih dekat mengenai komitmen tuntas  Keadilan dan  Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Sekalung  tahniah kepada Dr. Lau dan Jawatankuasa Cabang atas program yang  dianjurkan dengan jayanya.

Inilah realiti dan kenyataan di daerah –  nyata sekali berbeda dengan suara rasis dan sinis yg dicanang di Kuala  Lumpur.

Malangnya – tiada liputan, termasuk dari media alternatif!

Anwar Ibrahim

Nik Aziz: Jahil agama punca polemik
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimenpolitik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.

Majlis Iftar dan Dialog AIC bersama DSAI
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sebagaimana tahun – tahun sebelumnya, AIC akan menganjurkan Majlis Iftar dan Dialog bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 September 2010 (Khamis)

Tempat: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Masa : 6.00 petang – 10.00 malam

Tentatif Program :

5.30 petang : pendaftaran dan kehadiran peserta

6.00 petang : Sesi Dialog AIC bersama DSAI

7.24 malam : Majlis Berbuka Puasa

8.00 malam : Solat Maghrib berjemaah

Tazkirah ringkas

8.35 malam : Solat Isyak & Terawikh 8 rakaat berjamaah

9.30 malam : Tazkirah dan Perkongsian Ilmu oleh DSAI

10.30 malam : Majlis Bersurai

Program kali ini akan diisi dengan dialog di antara Dato’ Seri Anwar dan

juga sesi takzirah serta perkongsian ilmu di antara peserta dan Dato

Seri Anwar.

Program ini hanya dihadkan untuk 60 peserta terawal sahaja. Justeru sekiranya anda berminat, maka anda bolehlah mendaftar di ( AICBukaPuasa@gmail.com) selewat-lewatnya… pada hari Jumaat, 27 Ogos 2010.

Kelompok mahasiswa, aktivis dan profesional muda turut dialu-alukan untuk hadir dan mendaftar sama.

Semoga penyertaan sdr/i akan menyemarakkan lagi imarah Ramadhan sesama kita, inshaAllah

Tukartiub: Sebuah kesah di Bulan Puasa
BAGINI KESAHNYA

Kesah ini bermula apabila aku menerima sepucuk taligeram. Aku tidak tahu siapa yang memukul tali geram ini. Tidak ada nama penghantar dan tidak ada alamat di taligeram ini. Tidak ada angka talipon untuk aku membalas kembali. Aku tidak tahu siapa yang menghantar taligeram ini. Kenapa tali ini geram kepada aku – tidak pula aku tahu.

Isi kandongan taligeram ini ialah : PERGI KE TELOK KEMANG STOP PADA MALAM 14 BULAN MENGAMBANG STOP PANDANG KE LAUT STOP DATNG SEORANG DIRI STOP.

Ini cukup pelik. Aku risau sebenarnya. Ini mungkin taligeram tersalah alamat. Ini mungkin taligeram untuk penyuludup pendatang haram dari Sumatera. Atau penyuludup ganja dari Acheh. Aku belek-belek taligeram ini. Jelas nama dan alamat aku. Tidak ada yang salah. Malah macam mana alamat aku ini diketahui pun aku tidak faham. Ini kerana amat jarang aku memberikan alamat aku kepada sesiapa pun.

Fikir punya fikir aku pun pergi lah ke Telok Kemang. Aku datang sehari sebelum bulan penuh mengambang. Ini kerana aku nak mensesuaikan diri aku dengan suasana laut. Maklumalah aku orang kota. Untuk aku laut ini tempat taik dan kecing orang kota terkumpul terutama di Selat Melaka.

Aku amat amat berharap di malam bulan mengambang yang dijanjikan ini hujan tidak akan turun kerana jika hujan atau mendung maka tidak akan kelihatan cahaya bulan. Aku tidak akan dapat melihat apa-apa ketika aku memandang ke laut. Memikirkan pekara ini aku jadi gelabah.

Untuk memastikan yang hujan dan mendung tidak datang aku telah pergi membayar nazar di Tanjung Tuan. Saekor ayam jantan hitam telah aku lepaskan ke dalam hutan belukar Tanjung Tuan yang dikatakan penuh dengan orang bunyian. Tapi orang bunyian di hutan Tanjung Tuan ini tidak sama dengan orang bunyian di Hard Rock Café atu orang bunyian Pancha Sitara. Jangan silap faham – mereka amat jauh bezanya

Tidak cukup dengan merasuah orang bunyian ini aku telah menaburkan tujuh jenis bunga ke kawasan Bukit Telok Kemang. Kawasan ini satu masa dahulu adalah tempat melihat anak bulan. Mengikut surah orang Negeri Sembilan kawasan ini ‘keras’ kerana sejak zaman berzaman, setelah Islam masuk ke Tanah Melayu kawasan inilah yang menjadi tumpuan untuk menentukan bila hari puasa bermula dan bila kita berhari raya.

Cilaka – bila internet sampai – kita tidak perlu lagi melihat anak bulan. Kawasan ini menjadi belukar. Malah tarikh puasa, raya dan Hari Raya Haji semuanya telah di ketahui sepuluh tahun lebih awal.

Keesokan harinya : Jam tujuh petang lagi aku telah berada di tepi laut. Aku duduk seorang diri disebuah bangku. Mata aku memandang ke laut dan ke langit. Memandang ke langit untuk melihat bulan mengambang. Memandnag ke laut untuk melihat apa yang akan mucul. Sekali sekali terfikir juga oleh kepala aku bagaimana kalau kalau naga kepala tujuh akan muncul dari tengah laut. Seram juga bulu kaki.

Jam lapan malam gelap pun sampai. Bila gelap sampai maka bulan pun tanpa segan dan malu keluar menyinar. Mata aku terus memandang ke atas laut. Aku tidak tahu apa yang akan aku lihat. Dari jam sembilan hingga jam sepuluh aku kesaorangan di tepi pantai Telok Kemang. Anjing sesat dan kucing lapar pun telah lama meninggalkan pantai. Semua sepi kecuali ombak memukul pantai. Nasib baik udara agak panas kalau tidak aku mengigil kesejukan.

Semakin lewat malam semakin terang air laut kelihatan. Tetiba tepat jam dua belas aku nampak ada satu cahaya bersinar dan berkelip-kelip datang dari laut. Aku ingatkan ini cahaya alat pemancar kapal selam yang baru di beli. Kemudian aku teringat kapal selam Malaysia ini belum boleh menyelam. Jadi ini pasti bukan kapal selam Altantuya.

Cahaya yang berkelip dan kelihatan tenggelam timbul ini makin lama makin merapati pantai. Aku terfikir apakah ini ‘bendanya’ yang wajib aku tunggu. Aku memberanikan hati lalu pergi ke gigi pantai. Di gigi pantai aku menunggu dengan debaran. Cahaya berkelip kelip tenggelam timbul ini akhir sampai ke tepi pantai.

Nah ! Rupa rupanya sebijil botol yang terapung-apung. Aku tersenyum lalu mengambil botol ini. Bila aku amati di dalam botol ini ada sepucuk surat. Wow ! Baru aku sedar rupa rupanya ini botol bersurat. Dengan tidak sabar-sabar aku membuka botol itu dan mengambil surat didalamnya.

Kepada Para pembaca yang budiman:

Aku minta maaf mungkin para pembaca tidak percaya apa yang telah aku tulis ini. Malah aku sendiri pun merasa kekok untuk menulis kesah ini kerana pasti ramai pembaca kurang yakin tentang apa yang telah aku tulis. Lebih memeranjatkan lagi ialah isi kandungan surat dalam botol ini dan siapa penulisnya.

Walau apa pun biar aku berterus terang kerana surat dalam botol ini telah meminta aku menerangkan seterang mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia walau pun mungkin ianya berbau macam tidak masuk akal.

Wahai pembaca yang budiman jangan terperanjat dan jangan menjadi sinis – surat dalam botol ini ialah surat saheh dari Teoh Beng Hock.

Kenapa aku dipilih untuk melakukan semua ini tidak pula aku ketahui. Dari surat ini , Teoh Beng Hock ini telah meminta aku membuat beberapa pekara. Hari ini aku hanya menjalankan tugas. Salah satu dari tugas aku ialah membukakan cerita ini kepada umum pada hari baik bulan baik ini – ya ini bulan Ramadan. Ini permintaan Teoh sendiri.

Sebenarnya surat dalam botol ini telah aku temui satu minggu setelah Teoh meninggal dunia. Tetapi surat ini meminta aku menyimpan isi kandungan surat ini dari di ketahui umum sehingga muncul dan ditemui satu ‘surat’ yang mengatakan bahawa Teoh telah membunuh diri.

Dalam suratnya Teoh telah menulis dan menerangkan bahawa dia tidak membunuh diri. Apabila aku teliti isi surat Teoh ini maka aku sedar bahawa sebenarnya Teoh telah mengetahui awal lagi bahawa dia akan dibunuh kerana itu Teoh telah membalingkan botol berisi surat ini ke dalam laut lebih awal. Teoh juga tahu bahawa akan ada pihak yang akan membuat surat surat palsu dan memfitnah dirinya.

Menurut Teoh surat palsu ini ditulis oleh seorang penulis China Hailam yang pakar dalam hal pemalsuan dokumen. China Hailam ini ada membuka kedai menjual mee hailam di Jalan Raja Laut sebagai perniagaan halal. China Hailam ini memang bijak – malah dia pernah membuat satu surat cinta John Lennon kepada Yoko Ono yang telah dilelong di Christie London. Dari sumber yang tidak resmi surat palsu Lennon ini telah di beli oleh Rais Yatim untuk dijadikan bahan muzium.

Dalam surat ini Teoh juga telah memberi ingatan bahawa China Hailam ini telah membuat sekeping surat wasiat bersama geran tanah atas nama Yap Ah Loy yang menunjukkan bahawa tanah TUDM di Sungai Besi itu sebenarnya adalah milik Taik Jho Low.

Menurut surat Teoh ini wasiat dan geran palsu ini dibuat jika sekiranya kes tanah TUDM ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat didalam parlimen. Menurut surat Teoh ini lagi – China Hailam ini juga telah membuat sekeping surat palsu yang telah di tanda tangani oleh Nabi Sulaiman dimana tanah tapak Penjara Pusu itu adalah milik Vincent Tan.

Didalam surat nya Teoh Beng Hock juga telah menceritakan bahawa sebab utama dia dibunuh ialah kerana: pada satu malam ketika dia menjalankan tugas sebagai pembantu Yang Berhormat dia telah diminta pergi membeli mee hailam. Waktu telah lewat malam tetapi sebagai pembantu yang baik Teoh telah pergi mengetuk pintu kedai mee hailam ini di Jalan Raja Laut.

Tanpa disedari oleh Teoh cara dia mengetuk pintu itu adalah tanda untuk membenarkan geng China Hailam ini masuk. Apabila Teoh masuk dia telah dibawa ke bilik rashia dimana China Hailam ini sedang membuat dan mencetak kad pengenalan palsu untuk kerajaan Sabah. Teoh terserempak dengan kerja jahat ini. Kerana ini dia wajib dibunuh.

Pembaca yang budiman :

Aku berharap para pembaca sekelian akan percaya dengan surah aku ini. Sekali lagi aku katakan : Aku hanya menjalankan tugas. Aku meminta maaf jika cerita aku ini tidak masuk akal. Memang pada hari ini memang banyak cerita ceriti yang tidak masuk akal. Ada cerita Lim Guan Eng jadi Agung. Ada cerita kapal terbang boleh terbang tanpa injin. Ada cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah – macam macam lagi.

Pembaca semua pasti pernah membaca bagaimana Teoh di katakan telah mencekek dirinya sendiri. Para pembaca yang budiman pasti telah tahu tentang ‘ surat pengakuan Teoh membunuh diri ‘ yang baru ditemui. Semuanya tidak masuk akal tetapi inilah hakikatnya pada hari ini.

Aku minta maaf terpaksa berhenti disini. Aku hendak menghidup api di tunku untuk menanak beras untuk bersahur. Jika aku ada masa nanti aku akan membukakan lagi apa isi kandungan surat dalam botol dari Teoh Beng Hock. Ini janji aku. Aku rasa buat masa ini cukup setakat ini sahaja.

Di hari baik bulan baik ini aku menghulurkan tangan – kalau sesiapa yang memiliki duit berlebihan silalah bersedekah. Tak perlu hantar taligeram kepada aku. Hantar duit sedekah itu melalui pos.(TT)

The Best Malaysian Drama Awards Night
The Information, Communication and Culture Minister, Rais Yatim, will be gracing The Best Malaysian Drama Awards Night at the TV3 auditorium tomorrow night to choose the best Malaysian dramas aired by the Umno-owned television station. The following is the list of nominees and their categories.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

1. The best alternative lifestyle drama award

a) Ahmad Ismail, the ex-Umno Chief of Bukit Bendera, Penang, in ‘Boys to men’ (shot in his apartment in Batu Feringgi in Penang)

b) Kevin Morais, the DPP of MACC, in ‘I’m dreaming of a white Christmas’ (shot in England)

c) Khairil Annas Jusoh, the special aide to the Prime Minister, in ‘Never kiss and tell’ (shot in Seri Perdana in Putrajaya)

And the winner is…

2. The best courtroom scene dialogue award

a) The Karpal Singh sedition trial, ‘ultra virus means insulting the Sultan’

b) The Teoh Beng Hock death inquiry,  ‘Have you ever jumped off from a building?’

c) The Anwar Ibrahim sodomy trial, ‘Charged for sex with a duck but evidence for sex with a chicken’

And the winner is…

3. The best double-speak dialogue award

a) Ibrahim Ali for his ‘I am a Director of Vincent Tan’s company because I am opposed to the Chinese controlling the economy’

b) Muhyiddin Yassin for his ‘I support Najib’s 1Malaysia as long as we maintain the Ketuanan Melayu policy’

c) Chua Soi Lek for his ‘The Chinese are not running dogs to the Malays but Umno is the big brother to MCA’

And the winner is…

4. The highest budget drama award

a) PKFZ: RM12 billion and still counting

b) MAS: RM9 billion down and no end in sight

c) Bakun: damn that dam and what was the cost again?

And the winner is…

5. The best comedy award

a) Zainuddin Maidin in ‘Malaysia has erections every five years’

b) Rais Yatim in ‘Okay, I will change my mode’

c) Anifah Aman in ‘Malaysia’s legal system is the most respected in the world’

And the winner is…

6. The leading actor/actress musical award

a) Mahathir Mohamad in ‘It’s my party and I’ll cry if I want to’

b) Rosmah Mansor in ‘Girls just want to have fun’

c) Razak Baginda in ‘We all live in a yellow submarine’

And the winner is…

7. The best career comeback award

a) Chua Soi Lek in ‘So you thought I was history’

b) Mahathir Mohamad in ‘Who do you think calls the shots?’

c) Khairy Jamaluddin in ‘The show’s not over till the fat lady sings’

And the winner is…

8. The best script award

a) Sodomy 2: Riding on the same plot

b) PKFZ: The Chinaman as the fall guy

c) Karpal Singh Sedition: I no speakee Inggeris

And the winner is…

Polis Akan Mengambil Keterangan Dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Adalah dimaklumkan pihak polis akan mengambil keterangan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 11pagi, hari Rabu, 18hb Ogos 2010, di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square, Tropicana. Ini berkaitan penyiasatan penggunaan foto Sultan Johor kononnya oleh penganjur ceramah di Batu Pahat, Johor. Pohon kerjasama pihak media untuk hadir membuat liputan. Terima kasih.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Seminar Ekonomi Perspektif Muda
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor akan  mengadakan satu program ‘Seminar Ekonomi Perspektif Muda’  pada 14 Ogos  2010 bermula jam 7.45 pagi sehingga 5.30 petang di Wisma MBSA, Shah  Alam.

Penganjuran seminar merupakan satu pendekatan proaktif  oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku  Penasihat Ekonomi Selangor akan mendengar sendiri pandangan dan pendapat  golongan profesio…nal  dari kalangan muda terutamanya dalam isu-isu  berkaitan ekonomi,  pentadbiran, dasar dll di peringkat negeri mahupun nasional.

Penyertaan  adalah PERCUMA dan terbuka kepada mereka yang berumur 35 tahun dan  kebawah. Mereka yang berminat boleh mendaftar secara online di http://bit.ly/osea14 .

Agenda:

1.	Ucapan alu-aluan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

2.	Para peserta kemudiannya akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan khusus yang diketuai oleh seorang YB selaku moderator.

3.	Seminar akan dibahagikan kepada tiga sesi diskusi bagi membincangkan topik-topik yang berikut:

a.	Pembangunan ekonomi

- 	Mengenalpasti konsep kebijakan ekonomi yang baik untuk membela yang  tertindas dan menjamin keadilan selaras dengan ‘Agenda Ekonomi Malaysia’

b.	Pentadbiran/Demokrasi

- 	Melihat sejauh manakah usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam  memastikan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab serta  mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan di masa akan datang

c.	Pendidikan/Masa Depan

- 	Menilai kepentingan meritokrasi dan pembentukan sahsiah diri dalam  sistem pendidikan bagi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang

4.	Peserta akan dirotasikan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih menyeluruh.

5. 	Sesi Dialog bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi  Negeri Selangor akan turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta  bertanyakan dan memberi pendapat secara terus kepada beliau.

6. 	Di penghujung seminar, peserta akan menyerahkan resolusi hasil  perbincangan seminar kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai  dan diserapkan ke dalam dasar ekonomi Kerajaan Negeri.

Mereka  yang memiliki iltizam mahu mengangkat perspektif golongan muda bolehlah  menyertai seminar ini dengan mendaftar secara online di http://bit.ly/osea14

We  are pleased to announce that the Office of Selangor Economic Advisor  (OSEA) will organize a program called ‘Seminar Ekonomi Perspektif Muda ‘  on August 14, 2010 (7:45am-5:30pm) at Wisma MBSA, Shah Alam Selangor.

Dato  Seri’ Anwar Ibrahim as the Selangor Economic Advisor would like to  listen to the views and opinions of the young people, especially in the  issues related to the economic policies and good governance.

The  seminar is targeted for the young professionals who are 35 years old and  below. Registration is free and can be done online at http://bit.ly/osea14

Agenda:

1. Opening speech by an EXCO of Selangor’s State Government.

2. The participants will then be divided into specific groups led by young YBs/leaders as moderator.

3. The seminar will consist of three sessions to discuss the following topics:

a. Economic Growth

-  To understand the concept of good economic policies of protecting the  oppressed and ensuring justice for all in accordance to the ‘Malaysia  Economic Agenda’.

b. Governance/Democracy

-To analyze the  efforts and achievements made by the Selangor’s State Government in  ensuring a transparent and accountable administration as well as to  identify further steps to improve the measurements.

c. Education/Future Generation

- Assessing the importance of meritocracy and character building through the education system to develop the potentials.

4. Participants will be rotated from one group to another group to have an extensive interaction with YBs and other attendees.

5.  A dialog session with YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, the Selangor  Economic Advisor will be arranged to give an opportunity for  participants to ask questions and offer opinions in person.

6. At  the end of the seminar, participants will submit a resolution of the  seminar to YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim to be evaluated and incorporated  into the State Government’s economic policies.

We  would encourage to those who are committed to represent the voice of  young professionals to participate in this seminar by registering at http://bit.ly/osea14

Dogma politik & Politikus
Oleh Hasmi Hashim, Jalantelawi.com

(Catatan yang Merentas Dua Tahun)

AKU menulis pada tahun yang lain, sewaktu ada orang politik yang berkata “kau keras.” Sedangkan aku OK-OK sahaja. Kerana, ada yang telah jadi latar…

“Keras”: barangkali merujuk “tiada cukup berhemah”—penolakan separuh; penerimaan separuh. Lima puluh-lima puluh. Dan dalam ‘politik helah’, separuh-separuh adalah jalan terbaik, kerana kita tahu politik di sini belum tentu terhubung antara cakap-dengan-buat.

Aku balek; merenung—membedakannya dengan ‘kata-kata politik’ dengan” kata orang politik.” Dan politik, pun politik yang bila-bila masa terdedah menjadi kerja yang paling rendah moral, yang, diungkapkan oleh Anwar Ibrahim muda sebagai “low morale and uncharismatic profession.” Seraya itu, pekerjaan yang paling rendah moralnya inilah yang dianggap Ir Soekarno sebagai kuasa paling gagah, dengan ungkapannya yang mashyur: “politik adalah panglima.” Ir ini adalah bapa revolusi Order Lama (Orla) Indonesia; dan Anwar ini adalah pengemudi idealismereformasi sezaman.

Pak Anwar, Bung Soekarno; mungkin betul. Atau mereka juga mungkin telah cuba berlaku sejujurnya, dalam waktunya.

Anwar betul seandainya kata politik itu ada merujuk kepada politikus. Di sisi Soekarno pula, dia juga betul kalau kata politik tidak merujuk kepada politikus. Inilah dua perbezaan antara ungkapan Anwar, dengan ungkapan Soekarno: satu “merujuk,” dan satu lagi, “tidak merujuk” kepada pemain: watak: politikus.

Politik pada dasarnya ditafsir sebagai “hubungan-antar-manusia.” Manusia yang sendiri, yang seorang diri; tidak wujud makna [ber]politik, tiada wujud ruang politik di kesendirian gua hitam. Tetapi, apabila menjadi lebih daripada satu batang tubuh [manusia-bertemu-manusia] maka tafsir politik pun bermula. Sebuah ‘bisnes’ pun jalan. Begitulah di era pra-sejarah, orang bergabung menjadi kabilah-kabilah kecil untuk tujuan survival daripada dibaham [ha]rimau.

Arakian, akan ada si anu yang naïf memborong bahawa semua ruang taksir politik adalah kotor dan jijik belaka, sementara, golongan yang cemar pula akan selalu mendakwa bahawa politik[us] adalah segala-galanya. Inilah ‘maharaja’. Dan inilah panglima; dengan merujuk ‘pemain’.

‘Politik’ menjadi panglima tatkala ruang demokrasi tidak wujud—tatkala demokrasi ‘dipimpin’ menjadi “demokrasi terpimpin.” Yakni, semua cabang sosial yang lain dikerah tunduk kepada kekuasaan, atau dalam bicara Juergen Habermas sebagai “ruang dialog.” Kelompokan sivil menjadi lemah, atau tiada ada daya-kuasa untuk turut berpartisipasi dalam proses pembinaan bangsa-negara-tamadun.

Kita lihat di Indonesia di jaman Orla, mahupun Orba bilamana Revolusi adalah tanggungjawab anak semua bangsa. Juga ‘sang-sang panglima’ lainya, yang bertaburan di pentas sejarah dunia, yang seratus persen berahi terhadap kuasa, dan ke-kuasa-an adalah orgasme kepanglimaan.

Teringatlah akan kita kepada Hitler atau Pol Pot; juga dari Pinochet, Kim Il Sung sampai melintasi kandang tertuduh diktator Saddam Hussein. Nama-nama ini diringkaskan daripada senarai panjang panglima politik yang mencengkam ruang sivil dan wilayah demokrasi jamannya, yang bukan sahaja menekan, menangkap penentang-penentang, tetapi juga berkuasa atas darah dan nyawa.

{Tradisionalis, Teolog dan Rakayt}

Kita mampu bertanya, dari mana datangnya cemar dan kekerasan itu? Mungkin daripadaharapan. Dari harapan? Ya, paling tidak begini adanya…

‘Hantu sejarah’ tidak sudah-sudahnya menghempas-hempas daun tingkap negara-negara yang pernah dijajah. Indonesia, Filipina, India, barangkali Pakistan, Malaysia… Perkataan “Timur-Barat” pun muncul bergelandangan menjadi komoditi dan barang dagang di kalangan agamawan sampai intelektual. Juga Timur-Barat adalah barang dagang kepada politikus.

Barat dilihat dengan konotasi gelap, kerana Barat (juga Eropah) pernah menjadi kuasa imperialis, dan bagi warganegara-warganegara bekas tanah jajahan, maruah bangsa mereka ternodai—barangkali seperti perasaan ibu-bapa yang anaknya ‘dirogol’. Sudah tentu diperkosa sahaja sudah sukup memilukan, apatah ditambah dengan “diperkosa bangsa lain”… begitu sekira-kira psikologi yang bisa terduga.

Bila anak-bercucu; generasi pasca-kolonial; langsung ada harapan, bukan? Harapan lain…

Barangkali seperti mahu menebus maruah, kalau pun tidak membalas dendam. Naratif ini belum berakhir, bahkan menjadi semakin bergeser-geser dan merentas masa sampai ke jauh-jauh, yang seperti kata orang kampong saya sebagai “dendam tok ayah.” Kerana itu, di Timur ini sahaja, teori politik-budaya yang berasaskan bara Timur-Barat pun galak muncul sejak kira-kira lima puloh tahun lalu. Benua-benua bukan lagi satu kajian terhadap variasi.

Kita mendengar antara lain yang mengikat diri kepada teologi seperti “seni Islam,” juga “politik Islam,” atau setara Perang Dunia ke-2 dahulu, yang berkibaran di angkasaraya Asia Timur ialah ungkapan “Timur untuk Orang Timur.” Tentera Nippon.

Kita juga mengetahui bagaimana, misalnya, idea Pan-Islamisme yang berkembang dari ‘triniti’ cendekiawan Muslim: Sheikh Rashid Reda-Jamaluddin Al-Afghani-Muhammad Abduh. Atau kemudiannya idea ‘Nilai Asia’ (Asian’s Values) dalam “Teori Lee” oleh bekas Perdana Menteri Singapura, Henry Lee Kuan Yew. Dalam RTM dan TV3 misalnya, kita akan selalu mendengar kata-kata “kita orang Timur,” atau yang dipopularkan oleh Mahathir Mohammad sebagai “Dasar Pandang ke-Timur.”

Lantaran itu, apa makna semua teori mahupun ‘slanga-slanga’ sedemikian? Dan yang pasti, slogan-slogan, sebakul teori dan sederet retorika itu, tidak lompong-kosong. Semuanya [pernah] berada di tengah-tengah zamannya—menjadi “zeitgeist,” barangkali—di dalam peristiwa-peristiwa kepolitikan yang langsung. Ia telah mampu memukau geist, zamannya sendiri…

Dari sana ada manusia yang meraih ‘keberuntungan’; merakam nama sebagai orang-orang ‘besar’ bangsanya. Tetapi, jangan kita iseng-iseng lupa bahawa tidak kurang yang terkorban. Kalau di Kemboja, contohnya, lebih 1.5 juta orang perlu dikorbani hanya dalam tiga tahun (1975-78) pemerintahan Khmer Rouge demi tertorehnya nama Pol Pot dalam sejarah dunia, biar bagaimana gelap-ngerinya nama itu.

Di sisi satu lagi, di Jerman moden misalnya, berjuta Yahudi dan penentang perlu disembelih dan bocor dada untuk menjadikan ‘ayah’ Hitler, disebut antara 100 manusia paling berpengaruh alaf lalu di dalam rancangan Discovery yang ditayangkan November lalu. Antara dua kutub ideologi ini, antara titik kesamaan yang wujud ialah peran atau perselingkuhan intelektual-dengan-politikus. Antara intelek-dengan-politik. Persoalan yang mendap sejak manusia berfikir tentang lingkungan tentu sahaja, mungkinkah ada sebuah dunia yang total sempurna?

Saya gelisah selepas membaca Perutusan Tahun Baru oleh Presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Ismail. Dalam Perutusan dengan tajuk “Keazaman dengan Ikhtiar,” yang pertama terbit dalamharakahdaily.net (Jumaat, 30 Disember 2005) begini tertulis:

“Kita boleh mereka, mencipta dan membina sebauh tempat yang indah di dunia tetapi ia memerlukan rakayt untuk menjadikan impian kita satu realiti.”

(Ada dua salah eja dalam ayat Perutusan itu. Satu “sebuah” yang dieja dengan “sebauh” dan “rakyat” jadi “rakayt”. “Sebauh” dan “rakayt” tidak ada apa-apa makna di dalam kamus Melayu. Saya tidak tahu kalau kosa kata itu ada makna dalam bahasa Tiong Hua, Mandarin, Tamil, Arab atau Greek… Sesiapa pun tidak usah bimbang untuk terjerat di dalam lubok hitam istilah-istilah; ala-Wittgensteinisme)

Mungkinkah “[s]ebuah tempat yang indah di dunia” betol-betol dapat di-wujud-kan (?), sementara di dalam perdebatan terhadap politik dan tamadun mana sekalipun, yang indah menjadi istilah yang lari-lari dan tidak tetap makna; yang subjektif. Yang diterima sebagai istilah rasmi tentu sahaja “utopia.” Di dalam Communist Manifesto; yang ditulis Karl Marx dan Frederick Engels lebih seratus tiga puluh tahun lalu; dunia yang indah alias “great utopia” itu dapat diwujudkan apabila terkalahnya kaum bourgeoisie—modal (produksi dan reproduksi) dan kekayaan dikembalikan kepada kelas proletarians.

Dogma ini telah compang-camping dimamah ramai pemikir. Blok-blok pemerintah Komunisme runtuh di Russia, di Jerman Timur, di negara-negara Eropah Timur lainnya. Dan yang indah menjadi sesuatu yang sangat terikat kepada ideologi, tetapi tidak tetap makna. Tidak tetap real. Di dalam ketidak-tetapan itu—tetapi proses mencapai kuasa perlu berjalan terus—nampaknya yang jelas penting ialah “[m]emerlukan rakayt”—sebuah ungkapan yang harus melepasi kepentingankaum atau kelas.

Nescaya, cakap-cakap terhadap “keadilan sosial” akhirnya sia-sia, lagi tandus erti. ‘Syurga’ yang boleh diwujudkan cuma tidak lebih dari kepedulian sahaja… demokrasi sebagai ruang yang ’seadanya’; persis” jamuan tuak”; betapa kehidupan dilingkari dengan ketidaksempurnaan yang wajar. Dan sudah barang tentu, tanpa berlebihan, demokrasi adalah satu proses yang selamanya cacat.

Dan, istilah “rakayt” dalam Perutusan itu nampaknya mampu membangunkan makna ‘lain’, yang tersendiri dan terpisah daripada realiti demokrasi yang serba cacat itu. Tapi, dalam beberapa halaman sejarah, “rakayt” sering merujuk kepada satu kelas atau kaum sahaja; bagian daripada ideologi yang pernah merebahkan, melelahkan bangsa-bangsa. Dan ‘Ideologi’ (dengan I kapital) berkali-kali jadi anak jadah yang menetas daripada perselingkuhan intelek-politik.

Demikian kepada yang bersumpah atas nama ‘ideologi’, termasuk di atas nama “rakayt,” “Islami” sampailah kepada yang “anti-Barat” nampak pelan-pelan membentuk susuk baru hegemoni; yang tidak pernah sepenuhnya tergambar jelas dalam illustrasi masa lalu. Semakin tinggi suara perubahan terudara, kepingan-kepingan rantai yang mengikat kaki semakin mengetat; rantai-rantai yang mula menyatu dan pelan-pelan mengeluarkan pedih karat, dan membentuk rangkaian kuasa lain. Susuk itu sedang membangun di negara kita.

Dan akan selalu tertulis lagi, baris-baris sajak yang maknanya bergoyang, bergantungan; “demitanahair, demi rakayt, dan demi Tuhan…” sekira-kira, waktu itu, “keras” pun hanya jadi hak muthlak penguasa dan panglima-panglima.

~Aku menghabiskan tulisan ini di tahun yang lain.

4.13 pagi

1 Januari 2006

Race card won’t add Umno’s Malay votes, analysts say
KUALA LUMPUR, Aug 12 — The attacks against Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s administration for allegedly discriminating against Malay traders would not work in favour of Umno to harvest more Malay votes, said analysts.

The Umno-owned Utusan Malaysia last week rapped the Penang government with banner headlines “Malays still oppressed”, highlighting claims that the state was preventing Malay traders from setting up Ramadan stalls.

It continued the diatribe yesterday, calling on Malay rights groups in the state to hold weekly demonstrations at the state secretariat, emulating the practice of federal opposition leaders in Kuala Lumpur.

UKM’s Professor Agus Yusoff, however, warned that the party should focus on winning the support of the non-Malays that it lost in Election 2008.

“Penang is a non-Malay-majority state. If Umno wants to hold weekly demonstrations, for example, it will backfire,” Agus told The Malaysian Insider.

He said most Malay voters are loyal supporters of either Umno or the Pakatan Rakyat (PR) parties.

“The Malays have made up their mind who to vote for. They are very compartmentalised. There will be no significant swing to the other side. The real issue for BN is to win back the support of the non-Malays,” said the political analyst.

“But looking at the current development it is still very hard for BN to get back their support,” he added.

“They have to find ways to get their support, fanning racial sentiments would not help,” he said.

His colleague, Professor Samsul Adabi Mamat, however, said the campaign on Malay political survival was necessary to inform members of the community who are not aware of the adverse impact of losing political power.

“The Malays’ fear of losing political power started soon after Election 2008 and it continues until today, especially in states where DAP has strong influence over the government. But of course it is not felt by the Malays in PAS because they are comfortable with Pakatan Rakyat,” said Samsul Adabi.

“There is a strong basis for this concern as the Bumiputeras only form about 56 per cent of the population. A split in the community because of Umno-PAS would affect the Malays,” said the political scientist.

He said even if the issues raised do not help Umno secure more Malay votes, it would at least make PAS leaders realise their duties.

“Raising this issue would at least enlighten the Malays who are in their comfort zone, when PAS leaders share the same concern they would act accordingly as an assemblyman or an MP,” said Samsul Adabi.

“The proposal for a unity government, for example, reflects such a concern,” he said.

“It may not necessarily translate into votes, but it should at least enlighten the community, that is more important,” he added.

Penang PAS, however, has refused to be dragged into the issue, arguing that it would not affect the party.

“This has been Umno’s strategy for the past two years, turning everything into a racial issue, but PAS will not play the racial game,” said state PAS deputy chief Dr Mujahid Yusof.

“The Komtar case, for example, it does not concern the majority of the Malays, it was only a technical issue turned racial by Umno,” he said, referring to the allegation that the state was preventing Malay traders from setting up Ramadan stalls inside the building.

It resulted in a demonstration by more than 100 traders led by Komtar Merchant Association (KMA) vice-chairman Mohamad Ghani Abdul Jiman at Komtar early this week.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin also said the state government had victimised Malay traders.

The Penang Development Corporation (PDC) had clarified that the Malay traders were not being discriminated and that the issue arose from the failure of KMA to pay rent it had collected from the traders.

“They portray DAP as anti-Malay, try to divide PAS and break Pakatan Rakyat,” said Mujahid.

“They have been organising similar demonstrations before. If they really can make an impact we would not have been around anymore,” he said.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/race-card-wont-add-umnos-malay-votes-analysts-say/

Salam Ramadhan.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini membawa keberkataan kepada kita semua dalam perjuangan. Ibadah puasa memupuk pendidikan jiwa dan ruhani, menuntut kita bermuhasabah betapa ibadah ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Semoga Ramadhan ini memberikan seribu makna & kekuatan kepada kita untuk terus memperkemaskan diri untuk memanjat tangga keimanan ke arah mencapai redha Ilahi, inshaAllah.

Teruskan Perjuangan  dengan hati yang teguh dan sabar.

Jawatankuasa AIC